scispace - formally typeset
Search or ask a question

Showing papers by "Abu Bakar published in 2002"


Dissertation
01 Sep 2002
TL;DR: In this paper, Pearson and Kajian bertujuan untuk meninjukkan tahap kemahiran pelajar dalam membuat pra-penilaian ke atas maklumat web adalah tinggi.
Abstract: Laporan Projek Saijana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "Kemahiran Menilai Maklumat Web : Satu Tinjauan Di Kalangan Pelajar Diploma Politeknik Ungku Omar". Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kemahiran pelajar membuat pra-penilaian maklumat web, tahap kemahiran pelajar menilai maklumat web dan hubungan di antara kriteria-kriteria kemahiran menilai maklumat web. Kemahiran menilai maklumat web berdasarkan kepada empat kriteria : kredibiliti, ketepatan, munasabah dan sokongan. Data dipungut daripada 52 orang responden dan instrumen kajian menggunakan borang soal selidik dan temubual. Data tersebut dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS versi 10. Korelasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti hubungan di antara empat kriteria kemahiran menilai maklumat web. Selain itu, ANOVA juga digunakan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kemahiran menilai maklumat web di antara jabatan-jabatan di politeknik yang dikaji dan juga di antara jantina. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran pelajar dalam membuat pra-penilaian ke atas maklumat web adalah tinggi (min skor = 4.35). Manakala tahap kemahiran pelajar adalah sederhana (min skor = 3.72) dalam membuat penilaian ke atas maklumat web. Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan dan positif di antara empat kriteria kemahiran menilai maklumat web. Tambahan pula, kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan terhadap tahap kemahiran menilai maklumat web di antara jantina, dan adanya perbezaan yang signifikan di antara jabatan-jabatan di politeknik. Melalui kajian ini, beberapa cadangan diberikan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar antaranya ialah Inventori Penilaian Maklumat Web.

1 citations